Wednesday 26 August 2015

ENTRI 8: NAK SIMPAN EMAS DI MANA?

Teks : Noor Naseffa Bt Mohd Nasir
Foto : Google

Assalamualaikum w.b.t.
 
Salam keemasan dan salam keredhaan untuk semua. Semoga Allah meluaskan rezeki yang berkat untuk kita semua. Dalam keghairahan mengejar matlamat dunia, ambil sedetik waktu untuk muhasabah diri supaya seiring dunia dan akhirat. Ada beberapa orang kawan yang bertanya soalan yang sama berkaitan simpanan emas. Pertanyaan tersebut sedikit sebanyak menggangggu mereka untuk membuat belian emas  kali pertama.
 
Mari bawa pemikiran kita semua untuk menerobos kekusutan dan ketakutan tentang simpanan emas. Sesungguhnya Allah tidak pernah merumitkan umatnya. Pernah tak kita nampak kereta harga ratusan ribu letak di luar rumah? Pernah kita nampak TV plasma harga beribu-ribu tersergam indah di kedai-kedai mamak? Pernah tak kita nampak mak-mak datin pakai kasut dan beg tangan harga ratusan ribu ringgit sambil berbelanja di pusat membeli belah?. Pernah nampak remaja bawa dan guna handset harga beratus-ratus ringgit? Kalau pernah nampak, maknanya tiada apa yang perlu di takutkan untuk simpan emas.
 
Kita boleh simpan emas di mana sahaja mengikut keyakinan kita. Saya boleh cadangkan beberapa tempat untuk kita simpan emas tetapi yang penting jiwa dan hati kita mesti tenang dengan apa yang kita buat. Sesungguhnya kata-kata di dalam fikiran mahupun di dalam hati itu, adalah satu doa. Doa dan pohon sahaja dengan Allah supaya kita di beri keselamatan dan kesejahteraan dunia dan akhirat.
 
Pertama, kita boleh simpan di rumah. Kalau mahu simpan di rumah, kita perlu fikir secara kreatif tempat yang sesuai untuk simpan emas. Maksud kreatif di sini ialah simpan di tempat yang tidak terjangkau oleh pemikiran pencuri. Di mana tersebut? Hanya kita sahaja yang tahu. 
 
 
 
Kedua, beli peti simpanan peribadi. Peti simpanan peribadi merupakan cara untuk kita menyimpan emas. Biasanya peti ini ada kod rahsia untuk di buka. Pada zaman dulu-dulu, ramai orang kaya raya yang menggunakan peti simpanan peribadi. Walaubagaimana pun, peti peribadi ini juga perlu disimpan dan disorokkan, kalau pencuri nampak, memang di angkutnya peti tersebut. Terpulang pada masing-masing, kalau rasa selamat simpan emas dalam peti simpanan peribadi, di persilakan.
 
 
 
Ketiga, boleh simpan emas di safe deposit box (perkhidmatan peti deposit selamat) yang di tawarkan oleh bank. Walaubagaimanapun tidak semua bank menawarkan perkhidmatan peti deposit selamat, perlu berhubung dengan bank. Lagi satu, perkhidmatan safe deposit box oleh bank biasanya sentiasa penuh, kena rajin ' follow up' bank. Perkhimatan pembayaran sewa setiap bank juga berbeza, ada yang mahal dan ada yang murah dan berpatutan. Biasanya pembayaran mengikut saiz kotak. Selain melihat kadar sewa, lihat juga kadar insuran yang di tawarkan sekiranya kita menggunakan safe deposit box bank. Sekiranya emas yang kita simpan dengan bank hilang, bank akan bayar mengikut insuran yang telah di tawarkan. Ada juga perkhidmatan safe deposit box yang di tawarkan oleh swasta. Namun perkhimatan safe deposit box swasta, tidak banyak di tawarkan di Malaysia.
 
Senarai nama bank dan nombor telefon yang menawarkan kemudahan safe deposit box:
  • Hong Leong, Kota Tinggi - 078832020/21
  • EON Bank - 0376268899, 0326161133
  • OCBC Bank - 0326984363
  • Alliance Bank - 0355169988, 0320266475
  • RHB Bank - 1800-88-0243
  • UOB Bank - JB 072881121, KL 0326128121, PENANG 042401121
  • Public Bank - 1-800-22-9999
  • Public Bank, Seri Alam , Masai - 072522498/ 072522500
  • Public Bank Taman Johor, Jaya - 073513128/03523128
  • Public Bank Perling - 072344919/ 072344608
  • Public Bank Wisma Damai - 073316521/073312266

Di atas adalah antara senarai bank yang menawarkan peti simpanan selamat (safe deposit box). Mungkin boleh membantu untuk kita semua menyimpan emas.

Masih lagi ragu-ragu mahu membuat simpanan emas. Mulakan sekarang untuk membuat simpanan berbentuk emas. Kalau bukan sekarang, bila lagi?

Salam keemasan,
Cikgu emas online
0197482231

https://www.facebook.com/cikguemasonline
 

No comments:

Post a Comment

Copyright to CELIK EMAS
Designed by UMIESUEstudio 2015